Friday, January 29, 2010

End Of a Mans Life



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Tuesday, January 26, 2010

Tolong sampaikan pada dia



tolong beritahu si dia..
aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia..
cinta agung adalah cintanya..
tolong beritahu si dia..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

tolong nasihati dia..
jangan menyintaiku lebih dari menyintai yang maha esa..
tolong nasihati dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang maha esa..
tolong nasihati dia..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...

tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana disitu ada syurga..
tolong katakan pada si dia..
dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...

tolong ingatkan si dia..
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan si dia..
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan si dia..
aku kasihinya kerana santunnya..

tolong tegur si dia..
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia..
bila dia tenggelam dalam angan2xnya...
tolong tegur si dia..
andai nafsu mengawal fikirannya..

tolong sedarkan si dia..
aku milik yang esa..
tolong sedarkan si dia..
aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia..
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

tolong sabarkan si dia..
usah ucap cinta dikala cita2x belum terlaksana
tolong sabarkan si dia..
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
tolong sabarkan si dia..
bila jarak menjadi penyebab bertambahnya rindu

tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
tolong pesan padanya..
aku membiarkan yang esa menjaga diriku..

tolong khabarkan pada si dia..
aku xmahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia..
aku mahu dia berjaya dalam impian cita2xnya..
tolong khabarkan pada si dia..
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia...
aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah xternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia..
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang maha kuasa..
tolong sampaikan pada si dia..
kerana ku xmampu memberitahunya sendiri...

hanya engkau ya ALLAH mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri xmengetahui siapa dan dimana dia..
moga dia seekor lebah/bunga yang sentiasa memuji yang maha kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti....

Monday, January 25, 2010

Kecantikan Seorang Lelaki



kecantikan seorang lelaki
bukan pada rupa fizikal
tapi pada murni rohani
lelaki yang cantik....
adalah lelaki yang mampu
mengalirkan air mata untuk ingatan,
adalah lelaki yang sedia
menerima segala teguran
adalah lelaki yang memberi madu,
setelah menerima racun
adalah lelaki yang tenang
dan lapang dada,
adalah lelaki yang baik sangka dan
adalah lelaki yang tak pernah putus asa....
kecantikan lelaki berdiri
di atas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yang ada
pada MUHAMMAD yang umiyu
adalah kecantikan yang
sempurna seorang LELAKI....

Saturday, January 23, 2010

CINTA KAMPUS


Cinta Kampus: Matlamat Halalkan Cara


Matlamat salah cuba menghalalkan cara.
Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya? Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah. Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.
Cinta siswa siswi sinonimnya, cinta anta anti.
Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.
Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngadah itulah sebenarnya kesilapan. Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?
MATLAMAT HALALKAN CARA
Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk bertahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, emel dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.
Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.
Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya. Muhasabahlah.



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR
Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua sedia maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita. Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata. Perintah itu wajib…

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”
Carilah kesibukan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.
Amen
p/s: …maka sama-samalah kita berusaha agar tidak melebihkan cinta duniawi yang jelas hanyalah sementara, daripada cinta kita kepada Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah. Sesungguhnya cinta selepas kahwin itu teramat-amat indah dan mulia untuk kita sama-sama harunginya.. sentiasalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain…