Tuesday, December 14, 2010

Di Pondok Kecil




Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Untuk Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu
Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang
Jangan menangis

Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun...



Saturday, December 4, 2010

Walimatul Urus.

Hantaran Di Susun..


Mempelai Di Raikan...



Kemudian Di Sambut Bakal Suri Dalam Rumahtangga..


Kemudian Bersatulah Dua Hati Ibarat Lagu Dan Irama Yang Kekal Selamanya....

Monday, September 13, 2010

Malang tiada Bau

DAY 1


Setelah sekian lama aku menunggang basikal..kuda dan sebagainya..akhirnya ak terbabas jgk..mungkinkah terlalu laju..haha
tetapi yang pasti ak harusla lebih berhati-hati selepas ini..
kurangkan laju..

DAY 7

Wednesday, April 14, 2010

Ku Cari Damai Di hati



bagaimana nak ku luahkan isi hatiku ini..haha
jiwang weh...aku dah kaccik,ketat,jeng,kayal bar,...everything..
dop tahu doh nok wat gano...hanya padamu ya RABB aku kembali mengadu..
jauhkanlah aku dari godaan-godaan dunia yang melalaikan...
kuatkanlah pendirianku agar tidak mudah tergoda dengan mehnah dunia...



cukuplah dengan kesilapan-kesilapan lalu..
aku tidak mahu lagi mengulangi semua itu..
biarlah titik hitam itu hanyut dalam aliran wudhukku...
hanya pada Ya ALLAH aku berserah...

nazmi..

Saturday, March 27, 2010

keindahan ciptaan ilahi...



tidak terbatas kekuasaannya, menjadikan setiap kejadian dengan sempurna..
Maha kuasa ALLAH yang menciptakan setiap zarah dan atom di bumi yang kita diami setelah sekian lama...
tiada yang kuasa melainkanNYA..hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu samada yang tersembunyi atau yang nyata...
bersyukurlah kita kerana masih diberikan peluang untuk menikmati setiap nikmat yang dikurnia...

Wednesday, March 3, 2010

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13




Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu'.Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering dengan sendiri. Lalu ambillah sejadah, shalat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress , perbanyakkanlah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berhadapanlah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, halus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS sbgai selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air kosong atau mineral.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Assalamua'laikum wr wb...


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir -ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruku' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...AMIN

Monday, March 1, 2010

Orang KetiGa




Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

1.Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2.Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3.Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Saturday, February 27, 2010

erti persahabatan ini




Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

Semoga setiap pertemuan itu dihargai dengan sebaik mungkin...
Setiap pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan ILAHI =)

Friday, January 29, 2010

End Of a Mans Life



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Tuesday, January 26, 2010

Tolong sampaikan pada dia



tolong beritahu si dia..
aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia..
cinta agung adalah cintanya..
tolong beritahu si dia..
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

tolong nasihati dia..
jangan menyintaiku lebih dari menyintai yang maha esa..
tolong nasihati dia..
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang maha esa..
tolong nasihati dia..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...

tolong katakan pada si dia..
dahulukan Allah kerana disitu ada syurga..
tolong katakan pada si dia..
dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya...

tolong ingatkan si dia..
aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan si dia..
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan si dia..
aku kasihinya kerana santunnya..

tolong tegur si dia..
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia..
bila dia tenggelam dalam angan2xnya...
tolong tegur si dia..
andai nafsu mengawal fikirannya..

tolong sedarkan si dia..
aku milik yang esa..
tolong sedarkan si dia..
aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia..
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

tolong sabarkan si dia..
usah ucap cinta dikala cita2x belum terlaksana
tolong sabarkan si dia..
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
tolong sabarkan si dia..
bila jarak menjadi penyebab bertambahnya rindu

tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
tolong pesan padanya..
aku membiarkan yang esa menjaga diriku..

tolong khabarkan pada si dia..
aku xmahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia..
aku mahu dia berjaya dalam impian cita2xnya..
tolong khabarkan pada si dia..
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia...
aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah xternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia..
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang maha kuasa..
tolong sampaikan pada si dia..
kerana ku xmampu memberitahunya sendiri...

hanya engkau ya ALLAH mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri xmengetahui siapa dan dimana dia..
moga dia seekor lebah/bunga yang sentiasa memuji yang maha kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari nanti....

Monday, January 25, 2010

Kecantikan Seorang Lelaki



kecantikan seorang lelaki
bukan pada rupa fizikal
tapi pada murni rohani
lelaki yang cantik....
adalah lelaki yang mampu
mengalirkan air mata untuk ingatan,
adalah lelaki yang sedia
menerima segala teguran
adalah lelaki yang memberi madu,
setelah menerima racun
adalah lelaki yang tenang
dan lapang dada,
adalah lelaki yang baik sangka dan
adalah lelaki yang tak pernah putus asa....
kecantikan lelaki berdiri
di atas kemuliaan hati
seluruh kecantikan yang ada
pada MUHAMMAD yang umiyu
adalah kecantikan yang
sempurna seorang LELAKI....

Saturday, January 23, 2010

CINTA KAMPUS


Cinta Kampus: Matlamat Halalkan Cara


Matlamat salah cuba menghalalkan cara.
Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya? Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah. Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.
Cinta siswa siswi sinonimnya, cinta anta anti.
Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.
Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngadah itulah sebenarnya kesilapan. Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?
MATLAMAT HALALKAN CARA
Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk bertahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, emel dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.
Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.
Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya. Muhasabahlah.



HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR
Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua sedia maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita. Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata. Perintah itu wajib…

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”
Carilah kesibukan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.
Amen
p/s: …maka sama-samalah kita berusaha agar tidak melebihkan cinta duniawi yang jelas hanyalah sementara, daripada cinta kita kepada Allah s.w.t dan Baginda Rasulullah. Sesungguhnya cinta selepas kahwin itu teramat-amat indah dan mulia untuk kita sama-sama harunginya.. sentiasalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain…